Adakah anda tercari-cari Perisian Percuma untuk membuat website, dokumen ,e-book, perisian pendidikan, melukis, membuat grafik, sound editing, 3D,Multimedia, dan banyak lagi?  

Dari meja Azahari Waid
Tarikh : 

Salam sejahtera saya ucapkan. Tahniah kerana anda membuat pilihan yang tepat melawati website perisianpercuma.com. Sebelum saya menunjukkan anda cara berjimat cermat dengan perisian percuma, saya ingin bertanyakan soalan ini kepada anda :-


Adakah anda mahukan perisian yang dapat melakukan semua di atas tetapi menghadapi masalah-masalah berikut ?

Harga perisian sangat mahal
membayar lesen perisian
tidak tahu perisian alternatif atau setanding
mempunyai kos yang minimum
perlu perisian canggih tetapi murah
perlu perisian yang menjimatkan tetapi praktikal

Tahukah anda dengan perisian sumber terbuka, anda boleh berjimat beribu ringgit wang anda dengan perisian percuma ini. Anda tidak lagi perlu membeli perisian yang mahal dan membebankan anda kerana 


Ianya adalah percuma
Setanding dengan perisian berbayar dan mahal
Tiada bayaran lesen
Amat mudah digunakan
Mudah untuk dipasang
Jimat beribu ringgit wang anda
Menggunakan platform Windows
Perisian sah di sisi undang-undang

Memperkenalkan....

CD Perisian Terbuka mengandungi 33 Perisian Percuma dengan 6 kategori  yang setanding dengan perisian komersil dipasaran

Siapa yang memerlukan perisian ini ??

  • Pejabat - Perisian ini sesuai digunakan untuk pejabat kerana perisian adalah serba lengkap untuk membuat dokumen, graf, pangkalan data, Presentation Slide, fail PDF. Anda boleh berjimat beribu ringgi kerana perisian ini boleh dipasang pada seberapa banyak komputer yang anda mahu
  • Guru / Pendidik / Pensyarah - Perisian disenaraikan amat diperlukan oleh guru samada peringkat menengah atau rendah mahupun di Institut Pengajian Tinggi. Antara perisian yang popular adalah seperti pembelajaran angkasa lepas, Planetarium, membuat animasi dan 3D dan perisian notepad untuk pengaturcaraan
  • Tadika / Tabika - Perisian mewarna dengan komputer seperti Tux Paint amat sesuai untuk kanak-kanak 3 tahun ke atas.
  • Pengusaha Kafe Siber - Perisian Open Office memang menjimatkan dan sesuai digunakan menggantikan perisian pejabat yang mahal. Terdapat permainan 3D percuma seperti Battle for Wesnoth yang boleh dimainkan secara network.
  • Pembangun laman web / Webmaster - Perisian FTP, membuat website (NVU), membuat grafik (GIMP) dan HTTrack (melihat web secara offline) merupakan satu kemestian untuk pereka website
  • Usahawan Internet - Perisian serba lengkap yang boleh digunakan untuk membuat laman web, membuat dokumen, penyata kira-kira, database, grafik dan juga animasi. Perisian seperti FileZilla, NVU, Open Office, PDF Creator,7-zip dan GIMP sering digunakan oleh usahawan internet bagi membangunkan laman web.
  • Orang Awam yang tidak mampu membeli perisian komersil berharga beribu ringgit boleh menjimatkan dengan menggunakan perisian seperti perisian anti-virus percuma,  permainan mudah , perisian email client, chat, zip dan unzip dokumen dan perisian office. 

Di dalam CD-ROM ini, anda dibekalkan dengan 33 Perisian Percuma dengan 6 kategori  yang setanding dengan perisian komersil dipasaran

#1 Productivity

OpenOffice

perisian pejabat  Open Office
Perisian sumber terbuka ini begitu sinonim dengan perisian Microsoft Office Pro (Berharga RM1070). Ianya setanding dengan perisian komersil Microsoft Word, Excel, Power Point,Front Page & Access.Perisian ini didatangkan secara pakej merangkumi OpenOffice Writer (setanding Word), Calc (Setanding Excel), Impress (Setanding Power Point), Base (Setanding Access), Math (Microsoft Equation) dan Draw.

Antara kebaikan produk OpenOffice adalah:-

  • boleh membuat e-book dengan satu klik sahaja dengan fungsi yang sedia ada pada perisian OpenOffice
  • boleh membuat lakaran, edit gambar, name card, brochure, flow chart, carta organisasi, slide show, fungsi matematik, website dan pelbagai fungsi yang mudah
  • Membolehkan anda membuka dan menyunting dokumen Microsoft Office anda seperti Word, Excel, Power Point, Access dan lain-lain.
  • Menukar format dokumen anda kepada fail PDF untuk paparan dan cetakan yang lebih jelas

MoinMoin

moin wiki

Perisian ini membenarkan banyak pengguna untuk berkongsi maklumat. Ianya biasanya dipasang pada server supaya banyak pengguna dapat berhubung melalui web browser. Perisian ini juga boleh dipasang pada komputer biasa dan boleh menstruktur maklumat dalam kategori, sub-page, hyper-links seperti melayar website. Anda juga boleh meletakkan attachment pada web wiki tersebut seperti gambar,dokumen ataupun fail projek. 

PDF Creator

fail pdf creator

Perisian setanding Adobe Acrobat (Berharga RM1050) ini membolehkan anda menukar apa sahaja dokumen kepada PDF. PDF kini amat popular dan anda boleh membuat e-book dengan hanya satu klik dengan perisian ini. Hanya perlu klik membuat pilihan untuk cetak (print) dan dokumen akan ditukar kepada PDF. Ianya amat mudah digunakan dan boleh disesuaikan mengikut keperluan anda seperti meletakkan maklumat tambahan pada fail PDF tersebut termasuk meletakkan kata laluan atau menukar dokumen kepada pelbagai bentuk yang lain. Dokumen PDF ini bukan sahaja digunakan pada dokumen tetapi sesuai juga digunakan pada gambarajah, carta, lukisan dan sebagainya.


Notepad 2
notepad terkini

Ini bukan perisian notepad biasa yang anda dilihat pada PC anda. Bagi pengguna yang menggunakan programming languange seperti HTML,Java,C++ dan sebagainya, perisian utiliti ini amat berkesan kerana teks di dalam perisian percuma ini boleh diwarnakan untuk mudah dilihat. Terdapat nombor baris dipaparkan di tepi dan amat sesuai sekiranya anda membuat pengaturcaraan.Ia juga boleh melakukan minimize to tray, fungsi zoom, menukar format font dan banyak lagi.

Pelbagai jenis scheme boleh dipilih antaranya Web Source Code,XML Document,CSS Style Sheets, JavaScript, VBScript, Perl, CGI Script,ActionScript 2.0,C/C++ Source Code,C# Source Code,Resource Script,Makefiles,Java Source Code,Visual Basic,Pascal Source Code,Assembler,SQL Query,Python Script,NSIS Script,Configuration Files,Batch Files dan Diff Files.

>> Terus ke pesanan

#2 Design

GIMP
 Perisian Percuma GIMP

Perisian percuma ini lebih sinonim dengan Adobe Photoshop. Ianya adalah perisian alternatif setanding dengan Adobe Photoshop (berharga RM2600) dan amat sesuai bagi anda yang memerlukan perisian untuk edit gambar, membuat grafik, kesan khas , lakaran dan sebagainya tetapi dengan kos yang percuma. Anda tidak semestinya perlu membeli perisian mahal untuk hasil kerja yang lebih baik.Perisian ini amat sesuai kepada usahawan internet dan usahawan kecil untuk membuat website dan grafik yang menarik. Perisian ini juga sesuai digunakan bersama NVU.


Antara ciri-ciri menarik dalam GIMP ialah:
  • Perisian melukis lengkap dengan brush,pensil,airbrush,cloning dan lain-lain
  • Plug-in untuk memudahkan membuat kesan khas
  • Menyokong penuh Alpha channel
  • Mempunyai fungsi layer dan channel
  • Mempunyai keupayaan Advance Scripting
  • Fungsi Transformasi termasuk rotate,scale,shear dan flip
  • Pelbagai format imej standard termasuk GIF, JPEG, PNG, XPM, TIFF, TGA, MPEG, PS, PDF, PCX, BMP dan banyak lagi
  • Menukar format imej kepada pelbagai format imej yang lain

NVU

buat website

NVU merupakan perisian membuat website atau web editor yang percuma. Pernahkah anda menggunakan perisian Frontpage atau Macromedia Dreamweaver? Saya sendiri menggunakan Dreamweaver untuk membuat website satu masa dulu tetapi saya telah bertukar kepada NVU kerana pada pendapat saya NVU adalah perisian membuat website yang lebih mudah untuk saya gunakan. Perisian percuma membuat website ini tidak terlalu complicated dan praktikal.Menu pada perisian ini amat mudah untuk dipelajari seolah-olah kita mempelajari perisian word sahaja.

Terdapat panduan mudah cara menggunakan perisian ini selepas anda memasang perisian NVU ini. Mengapa anda mengupah pereka laman web sedangkan anda boleh buat website sendiri dengan mudah?Saya membuat website ini dengan menggunakan NVU. Perisian percuma ini membolehkan anda membuat website dan terus upload kerja anda ke webserver tanpa perlu anda gunakan perisian sampingan.Perisian ini amat sesuai digunakan bersama perisian GIMP terutama untuk membuat Website.

Blender 3D
Blender 3D

Blender merupakan perisian multimedia 3D modeling untuk menghasilkan animasi berkualiti tinggi, membuat rendering, post production dan interaktif. Perisian multimedia ini adalah satu-satunya perisian percuma membolehkan pereka untuk membuat model, texture, animation, render dan mengeksport produk yang lengkap dengan kurang dari 10MB.

Komuniti aktif dalam Blender dari masa ke semasa menambah fungsi-fungsi baru pada Blender bagi membolehkan perisian ini menghasilkan photo-realistic effect. Ianya juga menyokong format 3D seperti VRML, cal3d dan AC3D. Dengan panduan pengguna dalam Blender memberikan panduan mudah untuk anda menggunakannya.

Berikut adalah antara hasil kerja menggunakan Blender:

Inkscape
Inkscape

Inkscape merupakan perisian mudah guna vector graphics editor setaraf dengan Adobe Illustrator,Freehand,CorelDraw ataupun Xara. Perisian ini menggunakan standard Scalable Vector Graphics (SVG) file format. Perisian terbuka ini menyokong Creative Commons meta-data, node editing, layers, complex path operations, bitmap tracing, text-on-path, flowed text, direct XML editing, dan banyak lagi. Anda boleh menggunakan Inkscape untuk menghasilkan diagram untuk repot dan juga projek.

Scribus
scribus

Scribus merupakan aplikasi desktop publishing untuk Linux, MacOSX dan juga Windows. Scribus menyokong OpenType Fonts dan Unicode text termasuk scripts kanan ke kiri seperti tulisan Arab. Scribus telah dialihbahasa lebih 25 bahasa. Perisian ini menggunakan GDI+ yang terkandung di dalam Windows XP.


Tux Paint
Tux paint

Perisian terbuka Tux Paint merupakan perisian melukis untuk kanak-kanak 3 tahun ke atas. Ianya sungguh menarik, mudah digunakan, dengan kesan bunyi menarik dan maskot kartun yang membantu kanak-kanak menggunakan program ini. Ia mempunyai pelbagai pilihan untuk melukis yang menjadikan kanak-kanak lebih kreatif. Lukisan yang telah dihasilkan boleh disimpan dan digunakan semula.

Antara ciri menarik perisian ini kerana ianya mempunyai mod seperti brush,rubber stamp,Lines,shapes,text,magic dan eraser.Perisian ini terdapat pelbagai fungsi asas seperti undo,redo,save,back,open dan quit. Perisian ini amat sesuai digunakan di pusat pendidikan seperti tadika dan sekolah rendah.


>> Terus ke pesanan

#3 Internet


Firefox
 download Firefox

Firefox merupakan Internet browser / pelayan web yang semakin popular dan lebih selamat berbanding Internet Explorer. Firefox mempunyai kemudahan carian di internet ke search engine seperti Google, Yahoo dan sebagainya tanpa anda pergi ke website tersebut. Anda hanya perlu menaip keyword pada ruangan yang disediakan dan dapat terus hasil carian anda di search engine yang anda pilih. Mudah bukan?

Terdapat banyak themes dan juga add-on yang anda boleh gunakan pada web browser ini. Perisian Firefox mempunyai ciri keselamatan tambahan dengan menghalang website tertentu yang menyebarkan virus ataupun perisian yang mengganggu komputer anda seperti spyware, malware, adware dan sebagainya.Sekiranya anda tidak gemar susunan button pada browser ini, anda hanya perlu right click, pilih customize dan drag button tersebut ke tempat yang anda kehendaki. Sebenarnya banyak lagi fungsi menarik perisian ini untuk anda nikmati.

Thunderbird
 thunderbird

Thunderbird adalah perisian percuma alternatif setanding perisian seperti Microsoft Outlook. Dengan perisian percuma ini, anda boleh menggunakan E-mail POP3, IMAP dan lain-lain dan boleh terus download ke komputer anda. Thunderbird merupakan perisian email client dengan ciri menarik seperti intelligent spam filter, buil-in spell checker, berbagai jenis theme dan layout. Thunderbird menyokong email format HTML, carian mudah, buku alamat, tapisan mesej termaju, boleh mengendalikan pelbagai e-mail dalam satu perisian dan juga newsgroup.

Thunderbird juga memberi ciri keselamatan tambahan seperti S/MIME,digital signing,message encryption,menyokong sijil digital dan security devices. Ciri Anti-spam di dalam Thunderbird akan menganalisa segala e-mail dan boleh menapis e-mail yang mengandungi spam dan meletakkannya di dalam folder berasingan untuk keselamatan.

FileZilla
filezilla ftp

FileZilla merupakan perisian sumber terbuka FTP Client dan server dengan banyak fungsi menarik dan antaramuka yang menarik.Perisian ini membolehkan anda muat naik (upload) dan muat turun (download) fail anda terutama pemindahan fail dari server. Perisian ini merupakan perisian wajib bagi seorang webmaster untuk melakukan kerja FTP.

Gaim 
Gaim messenger
Gaim merupakan perisian Instant Messenging (chat) yang membolehkan anda berhubung samada menggunakan AIM, ICQ, MSN Messenger, Yahoo Messenger, IRC, Jabber, Gadu-Gadu, dan Zephyr. Sekiranya anda menggunakan pelbagai  jenis Instant Messenging, perisian ini boleh menghubungkannya sekaligus secara serentak dengan satu perisian ini sahaja. Anda tidak perlu membuka perisian lain. Ia juga membolehkan anda memindah fail, membuat away messages, buddy icon, typing notification dan pelbagai fungsi kesemua Instant Messenging yang ada.


HTTrack
 httrack
HTTrack merupakan perisian sumber terbuka membolehkan anda melihat sesebuah website ketika anda sedang offline. Ianya membolehkan anda menyimpan sesuatu website ke dalam komputer anda, download fail yang terdapat pada website tersebut untuk membolehkan anda melihatnya ketika tiada sambungan ke internet. Perisian ini menyusun struktur website yang anda simpan supaya ianya nampak seolah-olah anda melihatnya secara online.Ia juga boleh melakukan fungsi "resume" sekiranya proses download anda terputus


TightVNC
 Tight VNC
TightVNC merupakan perisian kawalan jauh (remote) untuk komputer atau server. Anda boleh melihat dan mengawal komputer anda seolah-olah anda berada di hadapan komputer anda sendiri. Perisian Sumber terbuka ini amat sesuai digunakan untuk pentadbir sistem, remote customer support, pendidikan dan banyak lagi kegunaan lain. Perisian ini boleh digunakan pada komputer yang berlainan sistem operasi.

WinSCP
WinSCP
WinSCP merupakan perisian SFTP (Secure File Transfer Protocol) client. Fungsi utama perisian sumber terbuka ini adalah untuk memindahkan fail dari local kepada remote computer dengan menggunakan SSH (Secure Shell)


RSSOwl
 RSS-Owl
Perisian sumber terbuka RSSOwl membolehkan anda mengurus, mengemaskini dan menyimpan maklumat RSS (Really Simple Syndication) dalam antaramuka yang mudah digunakan dan anda boleh menyimpan maklumat dalam pelbagai format untuk anda melihat secara offline dan berkongsi maklumat.


Azureus
 Azereus
Azureus merupakan perisian klien yang menyokong protokol BitTorrent. Perisian sumber terbuka ini datang dengan fungsi untuk beginners ataupun advanced users. BitTorrent menggunakan protokol "peer-to-peer" iaitu salah satu cara untuk mengedarkan sesuatu fail bersaiz besar di internet. Perisian ini dibina untuk memindahkan sejumlah besar data kepada ramai pengguna internet lain tanpa mengeluarkan modal seperti membeli server atau bandwith. Anda juga boleh berkongsi fail dan menerima fail dari pengguna internet yang lain secara terus.

>> Terus ke pesanan

#4 Multimedia


Audacity
audacity
Perisian percuma ini merupakan perisian sound editing dengan fungsi (recording), main semula (merekodplayback) dan menggabungkan bunyi (mix sounds) ataupun menggunakan pelbagai sound effect yang disediakan. Menggunakannya semudah copy,cut & paste dengan fungsi unlimited undo. Pelbagai format audio boleh anda simpan seperti WAV,MIDI,MP3,Sun Au,NeXT, Ogg Vorbis dan AIFF. Perisian multimedia ini juga mempunyai fungsi frequency Analysis untuk aplikasi audio, kesan bunyi khas seperti Boost,Wahwah dan Noise Removal.

Walaupun terdapat perisian multimedia seperti SoundForge dan pelbagai lagi perisian multimedia berbayar lain yang canggih, tetapi perisian Audacity memang tiada tandingan kerana fungsi perisian ini tidak kurang hebat dari perisian yang mahal malah anda boleh dapatkannya secara percuma!

Celestia
 angkasa lepas
Perisian Celestia merupakan perisian percuma pendidikan simulasi angkasa lepas berdasarkan maklumat astronomi terkini sesuai untuk tujuan pendidikan. Ianya menggambarkan planet,bulan,bintang orbit dan cakerawala. Ia juga tidak terhad kepada sistem solar sahaja tetapi juga anda boleh menjelajah keluar dari galaksi. Perisian percuma ini sesuai untuk pembelajaran tentang angkasa lepas samada di sekolah atau institusi pendidikan.

Untuk mendapatkan gambaran lengkap angkasa lepas dengan perisian ini, anda cuma perlu mulakan program Celestia ini dengan menekan huruf D (untuk DEMO). Anda akan ditunjukkan dengan gambaran planet-planet dan orbit yang terlibat. Anda juga boleh menyelami sendiri planet-planet dengan cara anda sendiri dengan menggunakan manual yang diberikan bersama perisian ini. Saya amat mencadangkan anda menggunakan perisian percuma ini untuk tujuan pembelajaran atau pendidikan kerana ianya amat menarik dengan gambaran lengkap.

Really Slick Screensavers
real screen saver
Screensavers sumber terbuka ini merupakan koleksi screensavers menggunakan OpenGL. Anda boleh memasang pada komputer anda dan melihat grafik yang dipaparkan. Perisian screen saver ini amat cantik dan lain daripada yang lain. Screensavers ini memerlukan grafik yang tinggi dan anda perlu update driver display card anda sekiranya paparan kurang memuaskan.

Stellarium
Stellarium
Perisian Stellarium merupakan Planetarium untuk komputer anda. Ianya memaparkan awan dan objek di langit dalam 3D secara realistik seolah-olah anda melihat dengan menggunakan binokular atau teleskop.

>> Terus ke pesanan

#5 Utilities

7-zip
perisian winzip percuma

Perisian utiliti alternatif kepada Winzip ini bukan sahaja boleh unzip data atau email yang anda perolehi tetapi anda juga boleh zip pelbagai dokumen anda kepada satu fail berbentuk zip dengan mudah. Selain daripada itu, zip ini juga memberi anda kapasiti yang lebih kecil dari fail asal dan memudahkan anda menggunakannya untuk menghantar email. Perisian utiliti percuma ini  menyokong format zip standard seperti CAB,ARJ,RPM,DEB,SPLIT,RAR,TAR,BZIP2,Z dan CPIO.

Clamwin Antivirus
antivirus
Clamwin merupakan perisian utiliti antivirus percuma membolehkan ianya mengesan virus,spyware dan sebagainya. Perisian antivirus ini boleh dikemaskini secara automatik dan juga boleh scan virus pada komputer anda mengikut schedule yang ditetapkan.Clamwin sentiasa dikemaskini dari masa ke semasa dan ianya adalah perisian percuma.

HealthMonitor
perisian healthmonitor

HealthMonitor merupakan perisian yang hebat untuk mengawal sistem operasi Windows. Ianya berfungsi seperti Windows Service dan ianya mengawal aktiviti CPU, memori, kapasiti hard disk dan juga mengawal fungsi standard pada komputer seperti HTTP,FTP,Windows Service dan sebagainya. Sekiranya anda memasang perisian ini pada komputer anda,ianya akan mengawal sistem komputer dari berlaku perkara yang tidak diingini dengan cara memberi amaran awal.

Workrave 


Perisian utiliti ini membantu anda mengelakkan anda dari "Repetitive Strain Injury" (RSI). Program ini amat berguna bagi anda yang bekerja dengan  komputer pada masa yang lama. Ianya memberi anda ingatan untuk anda merehatkan badan dan melakukan senaman ringan. Apabila masa yang telah ditetapkan telah sampai,ianya akan mengeluarkan animasi tentang senaman yang anda boleh lakukan untuk anda menyihatkan badan. Ianya membantu anda bekerja lebih efektif dan lebih selesa.

Abakt
abakt

Perisian utiliti sumber terbuka ini merupakan perisian backup yang fleksibel. Ia mengandungi penapis termaju yang boleh anda pilih samada untuk anda melakukan compress, copy ataupun move. Perisian Abakt ini juga membolehkan anda mengautomasi backup kepada fail anda.

GTK
gtk

Perisian GTK+ merupakan perisian Utiliti untuk menghasilkan antaramuka grafik.Ianya sesuai untuk aplikasi kecil mahupun besar.Perisian ini amat diperlukan untuk diguna bersama perisian GIMP dan GAIM.

>> Terus ke pesanan

#6 Games


Sokoban
 sokoban YASC

Permainan percuma ini menguji kecekapan anda menyelesaikan masalah. Permainan mudah tapi menarik ini menghendaki anda hanya menolak bongkah untuk menyusun dan menyelesaikan masalah.

Battle for Wesnoth
Battle for Wesnoth

Permainan 3D percuma ini merupakan jenis strategy game. Ianya boleh dimainkan secara beramai-ramai melalui network atau internet. Ianya mempunyai pelbagai tahap kesukaran melalui pelbagai campaigns dan juga misi.


Enigma
Enigma

Perisian permainan ini merupakan sejenis puzzle game dimana anda perlu mencari pasangan objek yang sama. Permainan ini nampak mudah tetapi tidak seperti yang anda sangkakan. Enigma merupakan salah satu perisian terbuka permainan di dalam CD ini.


Neverball
Neverball

Permainan 3D percuma Neverball merupakan perisian permainan 3D samada untuk bermain dengan rintangan ataupun bermain menggunakan miniature golf.

>> Terus ke pesanan


Anda masih tertanya-tanya lagi tentang CD Perisian Percuma ??

"Mengapa produk kami tidak sama seperti perisian berbayar?"

Ini kerana koleksi perisian kami adalah percuma dan menjimatkan anda. Perisian yang disediakan adalah koleksi perisian terbaik sesuai digunakan untuk individu, syarikat, pusat pendidikan, pertubuhan ataupun untuk komersil.

"Mengapa saya perlu bayar untuk perisian yang percuma ini?"

Walaupun anda boleh mendapatkannya secara percuma di internet, tapi ianya amat leceh dan rumit. Anda perlu muat turun (download) satu persatu perisian tersebut dan muatkan di dalam CD. Dengan memesan perisian dari kami, kami menyediakan pakej perisian lengkap dan mudah untuk dipasang.Kami juga memberikan perkhidmatan penghantaran percuma terus ke pintu rumah anda.

"Saya tidak pandai untuk memasang perisian pada komputer"

Jangan bimbang! CD-ROM ini didatangkan dengan menu mudah pasang (install) dan mesra pengguna! Paparan di bawah adalah menu pada CD Perisian Terbuka

menu mudah pasang 

 

Jaminan kami


Hanya Perisian Percuma
Kami hanya menggunakan  perisian sumber terbuka & percuma sahaja. Kami akan memulangkan wang anda sepenuhnya sekiranya kami menggunakan perisian yang tidak sah di sisi undang-undang

Hanya CD berkualiti tinggi
Kami memberi jaminan CD-ROM  yang kami gunakan adalah hanya yang berkualiti tinggi. Sekiranya CD anda tidak dapat  digunakan atas sebab teknikal, pulangkan dalam tempoh 30 hari dan kami akan menggantikan dengan yang baru


Anda sebenarnya membuat keputusan yang bijak untuk mendapatkan CD ini. Oleh itu, buatlah pesanan sekarang juga!!


Apa kata mereka tentang CD Perisian Percuma ?

....Memerangi Perisian Cetak Rompak

Alang szab.net

Samsul Zamzuri Abu Bakar @ Alang
Pengasas lebih 15 laman web rangkaian
 SZAB Network

http://www.szabnetwork.com

Bagi saya, apa yang ditawarkan oleh perisianpercuma.com ini sangat baik untuk menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia celik IT, kerana tidak semua berkemampuan untuk membeli perisian yang mahal harganya. Selain itu, ia juga dapat memerangi perisian cetak rompak yang berleluasa.

PerisianPercuma.com juga menawarkan penghantaran percuma melalui Pos Ekspress, jadi dengan hanya RM10.00, anda tidak perlu bersusah payah keluar dari rumah untuk membeli CD, sebaliknya hanya membuat pesanan dan menunggu CD tersebut sampai ke rumah anda dengan selamat. 



....Setanding Perisian Berbayar !


Mohd Zulfadli @ SmartZul
Pengasas,
http://www.smartusaha.com

"Saya amat mengesyorkan anda mendapatkan perisian sumber terbuka ini kerana ia juga setanding dan tidak kurang hebatnya berbanding dengan perisian yang berbayar. Melalui khidmat laman web perisianpercuma.com ini, anda tidak perlu lagi bersusah payah mendapatkan sendiri perisian sumber terbuka, sebaliknya berpuluh-puluh perisian yang HEBAT akan terus sampai ke tangan anda."

....Terima kasih kerana mudahkan kerja saya !
Rapidfirestudio

Zhafran Abd Ghani,
Graphic Designer,
http://www.rapidfirestudio.com
"Terlalu banyak perisian yang saya dapat dengan Pakej 3CD Perisian Percuma ini. Lebih 100 perisian yang saya dapat tanpa perlu muat turun satu persatu. Perisian yang dibekalkan adalah perisian sumber terbuka terbaik pernah saya jumpa dimuatkan di dalam CD. Sebagai pereka grafik dan juga webmaster, saya amat memerlukan perisian seperti FileZilla, NVU, PDF Creator dan bermacam lagi untuk kerja-kerja harian saya. Terima kasih kerana memudahkan kerja saya !"

Segalanya telah dikumpulkan di dalam satu CD...
Mustahing

Mustahing Saide
Penulis ebook,
http://www.rahsiakomputer.com
Jika anda inginkan kebebasan menggunakan perisian, koleksi perisian percuma dari PerisianPercuma.com ini cukup berguna untuk anda cuba.

Pelbagai jenis ketegori perisian yang terdapat di dalam koleksi tersebut di antaranya ialah perisian untuk multimedia, grafik, educational, internet, server, games dan beberapa perisian utilities.Kebanyakan perisian ini boleh digunakan di dalam sistem operasi windows anda. Terdapat juga Sistem Operasi sumber terbuka Ubuntu yang boleh anda gunakan jika anda berminat dengan Sistem Operasi Linux.

Melalui koleksi perisian percuma ini anda tidak perlu lagi bersusah payah untuk mencarinya di internet. Segalanya telah dikumpulkan di dalam satu CD. Dengan koleksi ini akan menjimatkan masa anda daripada mencarinya di Internet. Amat Berbaloi untuk anda milikinya.
... harga perisian bukan murah !!


Abooain
Alhusna Gallery
http://www.myresellrightdepot.com
Mudah&Murah! ....itu perkataan pertama yang terlintas di dalam hati saya apabila saya melayari website 'CD Perisian Terbuka' ini buat kali pertama dulu. Ini kerana CD Perisian Terbuka ini akan memudahkan orang ramai yang ingin memiliki perisian-perisian Opensource/Sumber Terbuka dengan mendapatkannya tanpa perlu bersusah payah mendownload satu persatu perisian tersebut, mereka hanya perlu dapatkan CD ini dengan harga yang murah, itu saja!

Bagi saya usaha saudara Azahari mengeluarkan 'CD Perisian Terbuka' patut disokong kerana perisian-perisian Opensource yang terkandung di dalamnya merupakan perisian Alternatif yang tidak kurang hebatnya, yang mana kebanyakkan perisian yang kita guna dan yang terdapat dipasaran sekarang ini rata-ratanya didominasi oleh perisian-perisian dari Microsoft atau sebagainya, dan harganya bukan murah !! Sekaligus usaha CD Perisian Terbuka akan dapat membenteras kita dari mengguna dan membeli perisian-perisian cetak rompak. Oleh itu tidak rugi untuk anda memilikinya sekarang ini....!


Faedah kepada anda ! 
   
  • Jimat wang beribu ringgit
Ya! Kini anda boleh berjimat beribu ringgit wang anda dengan pelbagai perisian percuma dari kami (Perisian Microsoft Office Pro  berharga RM1070 & Adobe Photoshop CS2 berharga RM2600). Semua perisian yang didatangkan dengan CD ini adalah sumber terbuka. Anda boleh menggunakannya percuma. Anda juga boleh mengedarkan kepada sesiapa sahaja malah anda juga boleh membuat salinan jika perlu.
  • Jimat masa & tenaga
Dengan membeli dari kami, anda jimat masa berjam-jam untuk anda download perisian percuma ini. Anda tidak perlu lagi mencari perisian percuma ini di laman web kerana ianya mengambil masa yang lama. Dengan memesan dari kami, anda hanya perlu tunggu di rumah dengan penghantaran terus ke pintu rumah anda.
  • Perisian pejabat serba lengkap
Perisian ini didatangkan dengan perisian lengkap untuk anda membuat dokumen,lakaran, edit gambar, name card, brochure, flow chart, carta organisasi, slide show, fungsi matematik, website,spreadsheet, presentation slide, database dan banyak lagi. Anda juga boleh menukar format dokumen anda kepada PDF dengan satu klik dan boleh juga digunakan oleh anda untuk membuat dokumen manual, e-book dan dokumentasi.
  • Membuat website, grafik,multimedia,animasi dan banyak lagi
Alatan atau tools yang dibekalkan kepada anda ini amat berguna untuk anda membuat laman web, animasi dan mereka grafik.Perisian ini menarik dan mudah untuk digunakan. Gabungan perisian NVU dan GIMP boleh menghasilkan website yang menarik dan sesuai untuk anda. Dengan belajar membuat website sendiri, anda boleh berjimat beribu ringgit.
  • Memudahkan penggunaan e-mail & Internet
Perisian seperti Mozilla Firefox mempunyai fungsi untuk anda membuat carian pantas ke enjen pencari seperti google, yahoo dan MSN tanpa anda pergi ke halaman web tersebut. Anda hanya perlu menaip keyword pada column yang disediakan dan tekan butang Enter. Amat mudah! Thunderbird memudahkan anda menerima dan menghantar POP3 e-mail dan juga pelbagai jenis e-mail menarik seperti menggunakan warna, gambar ataupun attachment pada e-mail anda.
  • Perisian percuma untuk Kafe Cyber & pusat pendidikan
Kebanyakan pengusaha kafe cyber dan pusat pembelajaran menggunakan OpenOffice kerana kos yang begitu menjimatkan. Malah perisian OpenOffice setanding perisian komersil. Perisian Battle for Wesnoth adalah permainan 3D percuma dan boleh digunakan di Kafe Cyber dan sesuai juga dimainkan secara beramai-ramai

Perisian pendidikan seperti Celestia begitu sesuai untuk pendidikan angkasa lepas dengan simulasi dan gambaran jelas planet dan juga orbit. Perisian NVU amat sesuai digunakan untuk tujuan pembelajaran membuat website manakala perisian Tux Paint amat sesuai untuk pembelajaran kanak-kanak



Masukkan Nama dan email untuk menerima maklumat terkini, berita dan produk terkini dari perisian percuma terus kepada anda. Kami tidak menyokong SPAM. Kami hanya menghantar email setelah anda mengesahkannya sahaja

 

Dapatkan CD Perisian Terbuka dengan penghantaran percuma seluruh
 Malaysia. Cuma RM10.00 sahaja !!

  

Ya Azahari, saya ingin memesan CD Perisian Terbuka ini

  • Saya mahu berjimat beribu ringgit dengan perisian percuma sekarang
  • Saya mahu perisian ini dihantar secepat mungkin
  • Penghantaran adalah melalui Pos Express Cepat & Selamat menjanjikan penghantaran dalam masa 1-3* hari di dalam zon penghantaran.
  • Anda boleh menyemak status penghataran dengan online melalui tracking number.