|
Soalan Lazim (FAQ)
Bilakah saya akan mendapat CD yang saya pesan?
Setelah bayaran anda disahkan, kami akan membuat penghantaran segera
yang mungkin. Selewat-lewatnya, produk anda akan dihantar dalam tempoh
48 jam selepas bayaran disahkan. Bagi pembeli yang menggunakan Wang
Pos, proses pengesahan mungkin mengambil masa lebih lama kerana ianya
perlu ditunaikan terlebih dahulu sebelum pesanan diproses. Seterusnya,
proses penghantaran diuruskan oleh Pos Laju dan mungkin memakan masa
1-3* hari bergantung kepada lokasi anda.
Adakah perisian ini dibekalkan dengan khidmat sokongan?
Oleh kerana harga perisian ini terlalu murah jika dibandingkan dengan
produk komersil, maka tiada khidmat sokongan akan diberi.
Walaubagaimanapun, kami akan cuba membantu apa yang terdaya untuk
menolong anda terutama dalam proses pemasangan perisian. Namun kami
tidak memberi apa-apa jaminan untuk memberi khidmat sokongan tersebut.
Adakah tawaran terhad atau promosi masih berjalan?
Tawaran terhad atau promosi masih ada sekiranya dipaparkan dalam laman
web ini. Namun, kami mungkin akan menarik balik tawaran terhad atau
promosi pada bila-bila masa sahaja. Oleh itu, anda disarankan agar
mendapatkan produk kami sementara promosi masih ada.
Bolehkah saya membuat salinan CD ini atau meminjamkan kepada rakan?
Ya, anda boleh membuat salinan dan juga memberi atau meminjamkan kepada rakan kerana ianya adalah perisian sumber terbuka.
Saya ingin memesan dalam kuantiti yang banyak, bolehkah saya mendapat harga istimewa?
Sekiranya anda ingin memesan dalam kuatiti yang banyak, anda boleh
menghubungi kami melalui nombor 013-2158765 dan kita boleh berbincang
tentang harga istimewa yang boleh kami berikan. Sila beri sedikit masa
untuk kami menyiapkan tempahan yang banyak. Anda digalakkan memaklumkan
kepada kami terlebih dahulu sebelum bayaran dibuat.
Adakah perisian yang dibekalkan full version atau trial version ?
Semua perisian yang dibekalkan adalah full version dan tiada had penggunaannya.
>> Terus ke pesanan
|
|
|